Sanggup Beratur Panjang, Ustaz Ebit Seb4k Sokongan Orang Ramai Buat Elewsmart

Selepas beberapa bulan berhempas pulas, akhirnya hasrat pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tercapai jua dimana hari ini merupakan hari pertama pembukaan pasaraya Elewsmart miliknya di Bandar Baru Bangi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ustaz Ebit berkongsikan keadaan di sana dimana beratus orang beratur panjang pada hari pembukaan itu. Dalam entri itu, Ustaz Ebit seb4k dengan sokongan luar biasa diberikan orang ramai.

Lebih terh4ru, Ustaz Ebit berkata ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin memberikan sokongan kepada pembukaan cawangan pertama Elewsmart.

Masing-masing bertegur sapa walaupun tidak dapat berkenalan secara rapat berikutan keadaan pasaraya yang begitu meriah.

Menerusi foto dikongsikan, Ustaz Ebit turut sama-sama mengedarkan aiskrim kepada kanak-kanak dan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama individu yang  amat disayangi rakyat Malaysia itu.

Esok, cawangan kedua daripada 10 cawangan akan dibuka secara rasminya di TTDI Grove Kajang. Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : rotikaya

 

Be the first to comment on "Sanggup Beratur Panjang, Ustaz Ebit Seb4k Sokongan Orang Ramai Buat Elewsmart"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*