“Saya Merupakan Pinangan Orang,” – Mira Filzah Perjelas Status, Persiapan Majlis Kahwin Kini Di Peringkat Awal

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mended4hkan dirinya kini sudah pun dipinang seseorang.

Malah bintang ini turut memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober depan.

“InsyAllah, apa sahaja nanti pun media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu.

“Dalam tempoh dua bulan ni saya ada juga sibuk mengenai hal lain juga.

“Persiapan sekarang tengah on going. Berapa percent tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi. Masih lagi di peringkat awal,” katanya.

Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

Ketika ditanya seolah-okah dia kini dilihat lebih terbuka berkongsi perihal sisi peribadinya di media sosial, ini respon yang diberikan oleh hos Nona itu;

“Tidaklah terbuka sangat. Biasa-biasa sahaja tapi Mira masih lagi keep personal live private juga.

“Status sekarang saya merupakan pinangan orang,” katanya mengenai status diri.

Bagaimanapun, Mira menjelaskan, dia tidak akan sesekali merahsiakan perkara seperti ini daripada pihak media.

Sebaliknya, akan terbuka untuj berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.

“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.

“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.

“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.

“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” katanya lagi.

Sebelum ini, h4ngat diperkatakan di media sosial bahawa Mira akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati Wan Emir Astar pada Oktober ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Saya Merupakan Pinangan Orang,” – Mira Filzah Perjelas Status, Persiapan Majlis Kahwin Kini Di Peringkat Awal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*