“Dengan Rendah Diri Saya Merayu Majlis Perbandaran Selayang…” – Ustaz Ebit Mohon Bantu

Ada ketikanya kita tidak dapat membantu kerana ianya di luar bidang kuasa yang kita ada. Mungkin itu yang dirasakan oleh penceramah, usahawan dan dermawan, Ustaz Ebit Lew apabila berdepan dengan seorang pakcik yang berniaga jagung.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berasa sed1h apabila melihat satu video tentang seorang pakcik yang berniaga jagung.

“Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabvn 90 peratus tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak.

“Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda,” tulis Ebit Lew.

Menurut Ustaz Ebit Lew, perolehan pendapatan pakcik tersebut hanya RM50 sehari jika jagungnya habis dijual. Namun yang menyedihkan, dalam tempoh seminggu sudah tiga kali semua jagungnya dirampas.

“Yalah berniaga di situ salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni. Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini.

“Dengan rendah diri saya merayu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat membantu pakcik ini. Segala pertol0ngan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing,” tulis Ebit Lew lagi.

Tambah Ustaz Ebit lagi, sebagai saudara adalah menjadi tugas kita untuk membantu. Beliau turut menghadiahkan wang sebanyak seribu ringgit kepada pakcik tersebut. 

“Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Gembira rasa. Pelukan dengan tang1san seb4k.

“Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya,” tulis Ebit lagi pada satu entri video di Instagramnya itu.

Ustaz Ebit Lew turut mendoakan semoga Allah mempermudahkan rezeki pakcik dan makcik tersebut bersama anak-anak mereka.

Entri video yang dimuat naik Ustaz Ebit Lew tersebut mendapat hampir setengah juta tontonan dan lebih 1,500 komen.

View this post on Instagram

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabun 90 peratus tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda. Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni. Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS selayang dapat membantu pakcik ini. Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1 ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya. Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dengan Rendah Diri Saya Merayu Majlis Perbandaran Selayang…” – Ustaz Ebit Mohon Bantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*