Jangan Lupa Diri Sangat Ya..” – Boss Ned

Pasangan suami isteri Nedim Nazri atau lebih mesra dipanggil Boss Ned dan Nora Danish sememangnya sentiasa bergurau senda di media sosial milik mereka.

Apatah lagi dengan kehadiran tiga orang cahaya mata, setiap seorang hasil perkahwinan mereka yang terdahulu dan seorang cahaya mata hasil perkahwinan mereka berdua.

Dalam satu entri di Instagram milik Nora, Nedim sempat mengusik perihal gambar isterinya yang sedang bergaya dengan menulis sesuatu yang menghiburkan di ruangan komen.

“Hi Mak orang, hmmm saya tengah masak ni untuk anak kita 3 orang ni. Jangan lupa diri sangat ya, ingat sikit awak tu mak orang. Sekian,” tulis Nedim berseloroh.

Komen tersebut ternyata menghiburkan sehingga mendapat lebih 1,300 tanda suka dan juga beratus-ratus komen yang turut membalas komen Nedim tersebut.

Pelakon Polis Evo, Nora Danish turut menjawap komen Nedim dan mendapat beratus tanda suka daripada peminat.

“Takkan lupa sayang, selalu dalam ingatan dan hati sanubari,” tulis Nora dengan beberapa emoticon cinta.

Untuk rekod, daripada perkahwinan Nedim sebelum ini dia mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin, manakala hasil perkahwinan Nora Danish sebelum ini, dia mempunyai seorang anak lelaki, Putera Rayqal.

Perkahwinan mereka berdua pula mendapat seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Jangan Lupa Diri Sangat Ya..” – Boss Ned"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*