“Dia Nak Keluarkan Kenyataan Apa-Apa Ke, Lantak Dialah.. Biar Dia” – Lufya Omar

Pelakon Lufya Omar mengakui bahawa apa yang dimaklumkan oleh bekas suaminya. Dr. Che Hafiz mengenai status perkahwinan mereka itu benar.

Begitupun, Lufya ketika dihubungi memberitahu, dia belum berkesempatan untuk melihat sendiri kenyataan secara terperinci yang dibuat suaminya kepada pihak media.

“Ha’ah ya lah (bercera1). Saya tak baca lagi kenyataan dia.

“Saya rasa tak nak komen. Kalau dia nak keluarkan kenyataan apa-apa ke, lantak dialah, biar dia, saya tak nak komen apa-apa,” jawabnya ringkas kepada Astro Gempak.

Begitupun, ketika ditanya soal anak, Lufya memberitahu buat masa ini isu hak jagaan belum diputvskan lagi.

“Hak jagaan tak tahu lagi. Memang saya yang jaga, dia bukan tengok pun,” katanya.

Terdahulu, Dr. Che Hafiz mended4hkan bahawa dia sudah meIafazkan cera1 terhadap Lufya pada 17 Jun lalu.

Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Nak Keluarkan Kenyataan Apa-Apa Ke, Lantak Dialah.. Biar Dia” – Lufya Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*