Dapat ‘Silver Play Button’ YouTube, Sugu Pavithra Ucap Terima Kasih Kepada Kak Seri

Pasangan YouTuber Sugu dan Pavithra berkongsi momen gembira menerima ‘Silver Play Button’ daripada laman sosial tersebut.

‘Silver Play Button’ tersebut diterima mereka di atas pencapaian 100,000 subscribers di akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’.

Menerusi video yang dikongsi, S. Pavithra dan suami M.Sugu mengucapkan terima kasih kepada pengikut mereka.

Pavithra turut memberikan terima kasih kepada ‘Kakak Seri’, orang pertama yang memperkenalkan YouTube kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami selama ini, terutama sekali Kakak Seri yang telah memperkenalkan YouTube kepada saya.

“Kakak Serilah yang ajar saya cara nak buat video dari mula sampai akhir. Sampai sekarang saya ingat dan ikut,” katanya.

Menariknya, pasangan suami isteri ini turut meraikan detik manis ‘unboxing’ pada dua hari lalu bersama jiran tetangga.

Mereka menjemput jiran terdekat ke rumah dengan mengadakan majils ‘makan-makan’ secara kecil-kecilan disamping menjamu sebiji kek dan KFC.

Mula menjadi Rakan Youtube (YouTube Partner) pada Januari lalu, pengikut pasangan YouTuber suami isteri sensasi itu kini telah meningkat kepada 773,000 subcribers.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dapat ‘Silver Play Button’ YouTube, Sugu Pavithra Ucap Terima Kasih Kepada Kak Seri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*