“Hari Ini Dalam Sejarah,” – Comelnya! Jalan Pimpin Tangan, Siti Cerita Gelagat Aafiyah Teruja Jumpa Neelofa

Satu hantaran video pendek yang dikongsikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram menjadi perhatian wargamaya.

Ia merakamkan geIagat kandid ‘puteri’ ciliknya, Siti Aafiyah yang kelihatan teruja saat bertemu Neelofa.

Seolah-olah mahu berbual dengan bekas hos MeleTOP itu, Aafiyah turut dirakam jalan berpimpin tangan dengan Neelofa menuju ke ruang tamu.

“Hari ini dalam sejarah Aafiyah excited jumpa Aunty @neelofa & tar1k tangan ajak duduk sama sama borak.

“Ibu terkedu jap,” tulis penyanyi yang baru sahaja muncul dengan album terbaru, ManifestaSITI2020 itu.

Difahamkan Siti ditemubual bagi rakaman program terbaru kel0laan Neelofa, Next To Neelofa.

Lalu, posting berkenaan menerima hampir seribu komen peminat yang rata-ratanya terhibur dengan geIagat spontan kanak-kanak berkenaan.

Selain Siti, program yang bakal bersiaran di Astro Ria itu sebelum ini turut mengundang beberapa nama nama besar lain, antaranya Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman dan Datin Seri Tiara Jacquelina.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Hari Ini Dalam Sejarah,” – Comelnya! Jalan Pimpin Tangan, Siti Cerita Gelagat Aafiyah Teruja Jumpa Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*