Warganet Tanya Kenapa Tak Berbaik Dengan PU Abu, Ini Jawapan Hana Azraa

Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa membuat keputusan untuk berpindah ke Kedah.

Menurut Hana, keputusan yang dibuat agak menyak1tkan namun dia memilih untuk menjaga kedua orang tuanya.

“Sak1t yang harus aku ikhlaskan, jadi mari pergi. Menuju ke Kedah.

“Alhamdulillah. Sebelum pindah ni mommy dah jalankan tanggungjawab mommy pada anak-anak.

“Bawa Aisyah jumpa daddy dan Al Mateen jumpa abi. Khalas. Doakan mommy dan anak-anak ya!” tulisnya menerusi Instagram Stories.

Hana turut meluangkan masa menjawab beberapa soalan menerusi Ask Me A Question bersama pengikutnya.

Tambah Hana, walaupun berjauhan hubungan anak-anak dengan ayah mereka tidak pernah renggang.

“Ya Allah. Hubungan anak-anak dengan ayah depa tak pernah renggang. Walaupun jauh daddy dan abi dok video call mommy tengok anak,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Hana yakin Abu tidak akan mengabaikan tanggungjawab seorang ayah kepada cahaya matanya.

“Insya-Allah. Dia akan jalankan tanggungjawab sehabis baik untuk Aisyah, Adam dan Al Mateen,” tulis Hana.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Namun, Hana mendedahkan rumah tangga mereka telahpun sampai ke titik noktah.

Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatvhnya taIak antara mereka.

Walau bagaimanapun, Hana mendedahkan pasangan ini telah berbaik semula dua minggu selepas mereka berkahwin.

Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Warganet Tanya Kenapa Tak Berbaik Dengan PU Abu, Ini Jawapan Hana Azraa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*