“Takkan Lah Jadi Tukang Kebun” Netizen Beng4ng Dengan Cara Khalid Jamlus Jawab SoaIan Wartawan

Sebelum ini, tindakan lagenda bola sepak Malaysia untuk menjual kasut emas yang diperoleh pada tahun 2002 dahulu telah mengvndang simpati orang ramai. Dia juga ingin menggada1kan beberapa barangan berharga yang lain.

Manakan tidak namanya yang pernah disanjung dipersada negara kini seperti ‘habis madu sepah dibvang’.

Namun begitu, rasa simpati netizen telah berubah apabila baru-baru ini, satu potongan video viraI di Twitter menunjukkan caranya menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan.

“Saya tidak mengharapkan simpati pun”

Kisahnya selepas Khalid jadi viraI, ramai pengamal media mencarinya untuk ketahui lanjut tentang kehidupannya.

Menerusi Berita Harian, bekas penyer4ng Perak itu menzahirkan rasa kecew4 dengan kesukaran yang dilaluinya. Ini kerana dia pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi seorang jurulatih tapi tiada peluang buat penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu.

“Saya suarakan di negeri Perak mengenai hasrat saya menjadi jurulatih. Begitu juga di Selangor dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Saya bukan berdiam diri tetapi saya tidak nampak diberikan peluang dan ruang. Kenapa tidak berikan saya sedikit ruang untuk menjadi jurulatih tetapi peluang itu tidak sampai.”

Dia menegaskan bahawa tidak ada salahnya dia mengambil langkah terbabit memandangkan keputusan itu dirasakan bersesuaian dan berlandaskan kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini.

“Semuanya pasal duit. Saya buat ikut perasaan saya dan kata saya tidak mahu berjalan seorang dan saya Ianggar. Jadi, saya jual barang yang ada nilai sentimentaI, barang yang cukup saya sayang dan semuanya hasil usaha saya.”

Namun begitu, ada sesuatu perkara yang telah mengundang kemar4han orang ramai disaat Khalid Jamlus ditemuramah oleh Buletin Utama.

Keratan video itu dirakamkan semula dan dikongsikan di Twitter. Dalam video itu wartawan ada bertanyakan satu soalan kepadanya dan ini jawapan Khalid.

Wartawan: Hasil rundingan apa jawatan yang ditawarkan? Ketua jurulatih ke?

Khalid: Takkan tukang kebun kot.

Ramai yang begitu mar4h dengan cara dia jawab yang seolah-olah memberi jawapan sind1ran untuk jadi seorang tukang kebun.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : KL Press

Be the first to comment on "“Takkan Lah Jadi Tukang Kebun” Netizen Beng4ng Dengan Cara Khalid Jamlus Jawab SoaIan Wartawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*