Umum HamiI 4 Bulan, Ini Foto2 Eksklusif Bulan Madu Emma Maembong

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong yang sedang berbulan madu bersama suami di Langkawi, mengesahkan dirinya hamiI empat bulan.

Emma yang bern1kah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, berkongsi berita gembira itu di Instagram, kira-kira sejam lalu.

Melalui kapsyen, Emma menyatakan bulan madu itu dianggap percutian terakhir bersama suami kerana selepas ini mereka bakal ditemani anak.

Foto dikongsi turut menampakkan ‘babyy bump’ pada bahagian perut Emma.

Berkongsi perasaan dengan BH Online, Emma memberitahu:

“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamiIan ini.

“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya.

Menurut Emma, dia mengakui teruja dengan saat dinikmati sekarang.

“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.

“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” katanya.

Emma dijangka meIahirkan anak sulungnya, November depan.

GAMBAR SEKITAR BULAN MADU EMMA DAN SUAMI

KOMEN NETIZEN :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : My metro

Be the first to comment on "Umum HamiI 4 Bulan, Ini Foto2 Eksklusif Bulan Madu Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*