“Saya Tahu Jaga Batas” – Risteena Munim

Pelakon Risteena Munim, 31, menyatakan tunangnya, Isa Khan, 27, yang juga seorang aktor tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia terus berlakon.

Kata Risteena, dia sendiri tahu untuk menjaga batas pergauIan demi kebahagiaan hubungan mereka.

“Isa tak pernah meletakkan apa-apa syarat dekat saya. Tapi saya sendiri yang tahu jaga batas sebagai tunang orang dan selepas ni akan bergelar seorang isteri. 

“Jadi mesti la saya akan pilih drama-drama yang dapat persetujuan dari Isa juga,” katanya kepada Gempak.

Bercakap mengenai norma baharu, kakak kepada aktres Ruhainies lebih selesa untuk menyediakan barang penggambaran sendiri dari rumah.

“Saya selesa dengan norma baharu ini. Untuk barang-barang penggambaran saya lebih memilih sediakan sendiri.

“Daripada barang solekan termasuk dengan wardrobe semua bawa sendiri. Kita kena lebih berhati-hati sebab pandem1k ini belum lagi puIih,” katanya lagi.

Risteena dan Isa telah selamat mengikat taIi pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunc1 mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.

Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putvs di tengah jalan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Saya Tahu Jaga Batas” – Risteena Munim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*