Bekas Kekasih Beri Sokongan Buat Laudya Cynthia Bella

Spekulasi perg0lakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercera1 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Berita percera1an pasangan itu ternyata mengejvtkan ramai pihak serta rakan artis termasuk bekas kekasih Laudya iaitu pelakon dan pengacara Raffi Ahmad.

Bagaimanapun, Raffi hanya mampu mendoakan yang terbaik dan berharap agar Laudya telah membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya. Malah, Raffi turut mengatakan Laudya boleh menghubunginya jika memerlukan apa-apa bantuan.

“Selepas membaca artikel mengenai pencera1an Laudya, saya hanya mampu berdoa agar keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

“Saya juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi Laudya dan semoga dia memperoleh ketabahan untuk menjalani kehidupan selepas ini, kalau dia perlukan apa-apa, dia boleh hubungi saya,” ujarnya.

Terdahulu,  Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Meskipun berdepan dengan pengalaman pah1t, Laudya berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Bekas Kekasih Beri Sokongan Buat Laudya Cynthia Bella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*