Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Pelakon Dayana Roza bakal melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dalam masa terdekat.

Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, dia sudah mengenali bakal tunangnya itu, Adale Adham, 33, sejak enam tahun yang lalu.

“Memang dalam perancangan bertunang. Insya-Allah dalam masa terdekat ni. Tapi buat masa ini demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga, saya tidak boleh beritahu tarikh lagi.

“Sekarang ini tengah buat persiapan. Insya-Allah tidak lama lagi saya akan beritahu nanti,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Dayana menerusi satu entri di Instagram berkongsi sekeping foto yang memaparkan mereka berdua mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam.

Katanya lagi, bibit percintaan mereka hanya mula berputik pada tahun ini sebelum mereka berdua membuat keputusan melangkah ke fasa yang lebih serius.

Jelas Dayana, dia juga merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini.

“Insya-Allah, rancang n1kah tahun ini juga,” katanya.

Sementara itu, menerusi posting tersebut, Adale turut mengakui wanita dalam gambar tersebut merupakan bakal isterinya.

“Bakal isteri,” tulisnya ringkas.

View this post on Instagram

2020🔐❤️

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dayana Roza Bakal Bertunang Dengan Ahli Perniagaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*