Amboi Akhyar Rashid, Eyka Farhana…Berbalas Pantun ‘I Love You’!

Hubungan istimewa pemain bola sepak JDT Akhyar Rashid dengan pelakon Eyka Farhana bukan lagi rahsia.

Posting yang dimuat naik Eyka Farhana di laman sosial Instagram (IG) pada Sabtu lalu itu mencvri perhatian ramai apabila kedua-dua sedondon memakai baju jalur hitam putih.

Apatah lagi Akhyar turut meninggaIkan komen dalam bentuk pantun dua baris di posting Instagram (IG) Eyka Farhana yang kemudiannya dibalas aktres tersebut.

View this post on Instagram

⚫️⚪️

A post shared by EF ✨ (@eykafarhana) on

“Buat Pondok Dari Kayu, Saya Nak Cakap I Love You!” tulis Akhyar pada ruangan komen dan mendapat lebih 3200 tanda suka oleh pengikut IG kekasihnya itu.

Bagaimanapun Eyka Farhana tidak membiarkan Akhyar berpantun seorang diri dan bertindak membalasnya.

“Haha…Ni yang lemah ni. Belai rambut nampak kutu, I love You Too,” jawab Eyka Farhana membalas ucapan cinta Akhyar.

Susulan itu, pengikut IG Eyka Farhana turut mengusik pasangan tersebut dengan pantun yang mencuit hati.

“Dua tiga kucing berlari, mak ada orang sweet niiiii.

“Yang bercinta ada haters, saya nak bitter!

“Anak Pak Rashid sudah pun belayar, selamat tinggal Akhyar,” komen beberapa pengikut.

Hubungan Akhyar Rashid dan Eyka Farhana mula menjadi buat mulut warganet apabila foto mesra mereka ketika sedang bercuti di sebuah pulau pada Disember lalu tular di laman sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Amboi Akhyar Rashid, Eyka Farhana…Berbalas Pantun ‘I Love You’!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*