Hanya 7 Kes Baru Direkod Hari Ini Dan Terendah Dalam Tempoh 3 Bulan

 

Hari ini Kementerian Kesihatan memaklumkan tujuh kes baru COVlD-19 yang dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari tadi, yang merupakan angka terendah bagi tempoh tiga bulan.

Ini juga kali pertama negara merekodkan kes baru sebanyak satu angka sahaja sejak 12 Mac lalu, iaitu sebelum pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) enam hari kemudian.

Negara merekodkan enam kes baru COVlD-19 pada 8 Mac dan sembilan kes baru pada 12 Mac.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, daripada tujuh kes baru itu, dua adalah kes import manakala lima kes penularan tempatan melibatkan warga Malaysia.

Berkenaan lima kes melibatkan warga tempatan, Noor Hisham memaklumkan dua kes melibatkan kontak rapat kepada pesakit ke-8,294 di Sepang, Selangor.

Tiga lagi kes, katanya lagi, masing-masing dikesan di pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil Kuala Lumpur, saringan pra-pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, dan saringan komuniti di Kota Kinabalu, juga di Sabah.

20 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai 20 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah ke sembuh setakat ini ialah 6,694 kes iaitu 80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah keseluruhan kes pula ialah 8,329 kes, dengan 1,518 daripadanya ialah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19.

Setakat ini, seramai enam pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kem4tian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban kekal 117 orang, iaitu 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan berharap negara akan terus mencatat penurunan kes sehingga sifar kes.

” Alhamdulillah dah nampak trend menurun..tapi hrap kerajaan jgn berlembut dan bertegas dalam pelaksanaan PKP..” komen Anep

” Syukurr alhamdulillah..hrap seminggu lagi dah jadi 0 kes..tp kena waspada gak nak2 banyak sektor dah bukak, ramai org mcm lupa diri dah”, komen Sam

” Jgn jd mcam Iran dan Jepun dah laa..tiba2 naik balik kes lepas kerajaan dorang tamatkan pkp…hrp kerajaan bersabar dlu jgn buka sektor2 berisiko kang tak pasal2 kne lockdown balik” komen Izhar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : http://limauais.pw/

Be the first to comment on "Hanya 7 Kes Baru Direkod Hari Ini Dan Terendah Dalam Tempoh 3 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*