“Semua Saya Buat Sendiri” – Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Janna Nick, Ramai Peminat Cakap Dini Schatzmann ‘Sweet’

Pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann mendedahkan dia hanya mengambil masa selama seminggu untuk merancang konsep kejutan hari lahir kekasihnya, aktres dan pengacara Janna Nick.

Kata Dini, semua persiapan dilakukan pada saat akhir malah dibuat sendiri tanpa bantuan orang lain.

“Saya rancang konsep untuk sambutan hari lahir Janna lebih kurang seminggu awal. Nak sediakan dan siapkan semua tidaklah mengambil masa yang sama.

“Set up saya ambik masa lebih kurang satu jam setengah. Kek saya dah tempah sehari sebelum hari kejadian.

“Hadiah dia saya dah beli dua hari awal. Saya yang pilih sendiri beg tu. Semua ini memang dilakukan pada saat akhir,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek berkata, sambutan ini merupakan salah satu cara untuk dia dan Janna mengabadikan kenangan bersama.

“Setiap orang ada cara yang berbeza. Ini adalah salah satu cara untuk saya mengabadikan kenangan bersama dengan Janna,” katanya lagi.

Terdahulu, Dini telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan momen sepanjang sambutan hari lahir Janna.

Rata-ratanya berpendapat kejutan ini sangat istimewa di samping mendoakan semoga pasangan ini kekal bersama.

Sekadar makluman, Dini dan Janna mula menjalinkan hubungan percintaan sejak Jun 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Semua Saya Buat Sendiri” – Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Janna Nick, Ramai Peminat Cakap Dini Schatzmann ‘Sweet’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*