“Doktor Kesan Ada Ketumbuhan Pada Otak Papa” – Allahu! Baru Kehilangan Ibu Tercinta Kini Ayah Fazren Pula Sakit

Tidak sampai seminggu pemergian ibunya yang tercinta, pelakon Fazren Rafi sekali lagi menghadapi dugaan baru.

Ibunya, Allahyarham Sutinah binti Sahari meninggal dunia akibat kanser usus tahap empat pada lima Syawal lalu.

Terbaru, Fazren dihadapkan dengan satu lagi dugaan apabila ayahnya didapati mempunyai ketumbuhan pada bahagian otak.

“Niat di hati nak check tekanan darah (BP) dan check gula je. BP Papa 205/107 dan kadar gula pula 27.1.

“Doktor di Hospital Columbia risau papa kena stroke balik jadi dia buat CT Scan, dan keputusan CT Scan nampak ada sesuatu tak  normal pada area otak,” tulis Fazren di Instagramnya.

Menurut Fazren, dia terpaksa menggunakan ambulan untuk membawa ayahnya ke Hospital Pakar Avisena kerana di sana terdapat pakar otak.

“Lepas CT Scan tu, kena buat MRI dan kemudian dapat kesan ada ketumbuhan kat otak Papa. Terpaksa naik ambulan ke Avisena sebab kat sini ada pakar otak.

“Kemudian selepas berbincang dengan doktor, memang ada ketumbuhan tetapi tidak pasti lagi apa sehingga dia buat pembedahan otak,” tulis Fazren lagi.

Menurut Fazren lagi, jika tidak ada sebarang masalah, pembedahan akan dibuat pada hari Khamis ini.

Fazren juga memohon semua agar dapat mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik untuk ayahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Doktor Kesan Ada Ketumbuhan Pada Otak Papa” – Allahu! Baru Kehilangan Ibu Tercinta Kini Ayah Fazren Pula Sakit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*