COVID-19: PKP pentadbiran di Taman Langat Murni, Taman Langat Utama

SEPANG: Polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama Bukit Changgang di Kuala Langat, bermula malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata tindakan itu selepas 20 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tinggal di taman berkenaan, disahkan positif COVID-19 pada Khamis lalu.

Azizan berkata, polis dan Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengesan 114 kontak rapat kepada pesakit COVID-19 berkenaan pada Jumaat lalu.

Katanya, semua 114 kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkenaan kini dikuarantin di dua tempat berbeza, iaitu 52 orang di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan 62 di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.

“Ketika ini, dua taman berkenaan diletakkan di bawah perintah kawalan pentadbiran. Semua penduduk tidak dibenarkan keluar masuk melebihi kawasan berpagar. Orang luar tidak dibenarkan masuk kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dianggarkan seramai 9,000 penduduk masih menanti giliran bagi membuat ujian COVID-19.

Azizan berkata, daripada jumlah keseluruhan penduduk di sekitar kawasan berkenaan, kira-kira 80 peratus adalah rakyat tempatan dan bakinya warga asing.

“Semua penduduk masih bebas bergerak dalam kawasan terbabit kecuali mereka yang sudah menjalani ujian saringan tetapi keputusannya ujian saringan masih belum diperolehi lagi,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : BH

Be the first to comment on "COVID-19: PKP pentadbiran di Taman Langat Murni, Taman Langat Utama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*