PKPB: MKN Benarkan Rentas Negeri Bagi Tujuan Akad Nikah – Ismail Sabri

Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri untuk tujuan akad nikah dibenarkan namun perlu mendapatkan kelulusan dari pihak polis.

“Mesyuarat pada hari ini bersetuju untuk membenarkan rentas negeri bagi tujuan untuk akad nikah dengan syarat perlu mendapatkan kelulusan dari pihak PDRM.

“SOP sama iaitu tidak boleh lebih dari 20 orang di dalam majlis, penjarakan sosial, tanpa bersalaman dan sebagainya seperti SOP yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa jurufoto dibenarkan untuk mengambil gambar pengantin.

“Kita bersetuju untuk membenarkan jurufoto mengambil gambar pengantin di tempat terbuka mengikut SOP,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : Siakap keli

Be the first to comment on "PKPB: MKN Benarkan Rentas Negeri Bagi Tujuan Akad Nikah – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*