“Macam tengah breakup dengan boyfriend,” – Eina Azman seb4k, pembantu rumah akhirnya pulang ke Indonesia

Sebelum ini pelakon, Datin Paduka Eina Azman, 27 mengakui berasa sedih apabila pembantu rumahnya, Megawati bakal menamatkan perkhidmatannya dan pulang ke kampung halaman di Acheh, Indonesia.

Menurut Eina, Megawati merupakan pembantu rumah yang telah berjasa buat keluarganya sepanjang lima tahun ini.

Katanya lagi, hatinya bertambah tersentuh apabila mereka meraikan hari lahir Megawati yang ke-25 tahun baru-baru ini.

Menerusi laman instagram miliknya, Eina memuat naik satu video yang memaparkan dirinya sekeluarga menghantar Megawati ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia.

“Salam to all my followers…. 26/6 finally mega pergi tinggal kan saya n family untuk pulang ke acheh bersama keluarga tersayang selepas 5 tahun berkerja dengan kami sekeluarga.

“Ya allah rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfrien. Bayang kan Dato pun boleh men4ngis bila tengok kamu pulang. Rumah saya skg dah sunyi sebab takde siapa dah cakap kuat2, gelak n bvli @aubreykarl.

“Terlalu banyak kenangan saya dengan mega. Dulu dia selalu jahit untuk kecil kan baju saya, teman saya memasak didapur, tukang buat rambut saya n aubrey, tukang pilih baju n beg bila saya nak keluar, tukang ambik gambar n video untuk saya, n peneman untuk buat tiktok, teman saya pergi shooting, n siap boleh bertukang di rumah.

“Mega ni semua benda dia nak buat…Bila mega dah balik ni rasa mcm lost kejap, sebab saya dah takde teman nak bergaduh n marah. Saya rindu nak kena kan kamu makan benda2 pedas, rindu marah kamu n last sekali kita dua akan menangis sebab dua2 hati tissue. Memang betul boleh amik bibik baru, Tapi yang baru belum tentu boleh click dengan saya mega hmmm… Mega saya bukan lah majikan yang sempurna adakala saya tegur n m4rah kamu…

“Maaf kan saya kalau saya buat kamu sedih atau kecil kan hati kamu. Tapi saya nak kamu tau yang saya sayang kamu mega. Tugas saya n dato sebagai mak bapak kamu d malaysia dah selesai. Saya harap kamu happy di kampung. Kita 0-0 ok. Jangan lupa video call saya selalu. Take care mega,” tulis Eina di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat k tontonan, k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut bersedih dan memuji layanan yang diberikan kepada Eina sekeluarga terhadap pembantu rumahnya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman)

Komen netizen:

Sumber: instagram eina_azman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : 

 

Be the first to comment on "“Macam tengah breakup dengan boyfriend,” – Eina Azman seb4k, pembantu rumah akhirnya pulang ke Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*