“Penangan Mat Kilau!” Ebit Lew Buka Langkah Silat Sampai Tertiarap Kawan Dia.

Fenomena filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan yang mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penonton ketika ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

Baik selebriti mahupun ahli politik sehingga golongan agamawan juga tidak melepaskan peluang menonton filem arahan pengarah tersohor Syamsul Yusof itu.

Terbaru, pendakwah bebas Ebit Lew turut hadir ke pawagam bagi menyaksikan sendiri perjuangan dan pengorbanan pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pendakwah berusia 38 tahun itu memuat naik video memaparkan aksinya bersilat ‘melawan’ seorang individu lelaki seolah-olah bersemangat apabila menonton filem tersebut.

Berdasarkan sebuah posting di laman Facebook pula, Ebit mengakui sebak melihat kehebatan jalan cerita Mat Kilau selain mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berjaya menghasilkan filem epik Melayu itu.

“Mula tengok laju je rasa degupan jantung. Begitulah sebuah perjuangan. Disebalik apa kita miliki terdapat perjuangan dan pengorbanan. Air mata mengalir je. Jika nak mencari kekuatan carilah Allah.

“Tahniah semua masyaAllah. Teruskan memang power. Allahuakbar. Sebuah tazkirah yang sangat menusuk jiwa buat semua untuk kembali berjuang dan teruskan berjuang. Filem melayu terbaik di abad ini,” katanya.

Meninjau di ruangan komen di Instagram, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ebit menyampaikan gaya bersilat yang kelihatan seperti ‘kungfu’ namun tetap comel pada pandangan mereka.

Pandainya bersilat

Nampak macam kungfu pun ada

Dahsyat penangan Mat Kilau!

Ramai macam tu bila keluar wayang sekarang…

Watak Mat Kilau dilakonkan oleh Adi Putra selain dijayakan pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin) dan ramai lagi.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber: Instagram & Facebook Ebit Lew, OMM

 

Be the first to comment on "“Penangan Mat Kilau!” Ebit Lew Buka Langkah Silat Sampai Tertiarap Kawan Dia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*