“Dia Kutuk Orang Boleh, Lepas Tu Triggered…”- Netizen Setuju Daiyan Trisha Sekat Akaun Individu Mulut Celupar

Nama pelakon dan model Daiyan Trisha menjadi bualan netizen apabila tular satu tangkap layar mendakwa dia telah menyekat akaun Twitter seorang pengguna. Perkara itu dikongsi oleh individu tersebut menerusi platform Twitter miliknya  semalam dengan kapsyen seakan-akan memerli penyanyi itu.

“I’m sorry my nose is big,” tulisnya ringkas.

Difahamkan hal itu terjadi selepas individu berkenaan telah melontarkan komen dengan kata “memalukan” pada sebuah video nyanyian Daiyan di akaun milik penyanyi itu.

Beberapa netizen yang singgah di ruangan balas menyokong tindakan selebriti itu dan menyalahkan individu tersebut kerana memulakan provokasi.

“Awak yang mulakan provokasi pada dia dahulu, sebab itu dia sekat awak kerana dia tidak suka apa yang awak kata pada dia. Saya tidak melihat sebarang isu pun disini. Saya fikir wanita akan sentiasa menyokong wanita,”.

“Hahaha bagus bila tengok akaun awak disekat disebabkan sikap tidak elok awak. Mesti hati awak makin panas lepas kena sekat kan,” .

“Kutuk orang boleh, lepastu orang sekat dia, dia pula beria triggered sampai kutuk fizikal Daiyan. Kesian awak,”.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima dua ribu retweet dan tiga ribu yang menyukai.

 

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Dia Kutuk Orang Boleh, Lepas Tu Triggered…”- Netizen Setuju Daiyan Trisha Sekat Akaun Individu Mulut Celupar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*