Isteri tak cemburu Awie kongsi pentas bersama Erra

KUALA LUMPUR  : Penyanyi rock legenda, Datuk Awie menjelaskan, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin juga tidak cemburu apabila dia sering menjalinkan kerjasama dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, isu terbabit tidak pernah timbul antara dirinya dan isteri. Bahkan, Awie berkata, Sharifah sangat memahami dan teruja setiap kali dia dan Erra bekerjasama.

“Tiada isu antara kami kerana isteri saya memang sporting mengenainya. Malah, dia telah memberikan kebenaran dan sangat teruja.

“Sebab dia pun peminat Erra. Jadi, semuanya baik-baik sahaja, tiada perasaan cemburu.

“Berpuluh tahun saya dah kenal dia. Kami banyak tolak ansur dan faham antara satu dengan lain.

“Dulu pernah bertunang, kecewa, putus dan hujungnya kembali bersahabat. Insya-Allah, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Awie berkata demikian dalam sidang media Konsert Romantika yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert Romantika yang menampilkan Awie dan Erra itu bakal diadakan di Sabah International Convention Centre pada 20 Ogos depan.

 

Sumber : hmetro

 

 

Be the first to comment on "Isteri tak cemburu Awie kongsi pentas bersama Erra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*