Sudah tiada ‘Yah Kuchai’ selepas Mamat Khalid meninggal dunia, Afea Deanna tak mungkin lakon watak itu lagi

 

MULA dikenali dengan watak Yah Kuchai, pelakon Afea Deanna tetap dengan pendiriannya akan menolak tawaran untuk dia melakonkan karakter berkenaan.

Afea atau Afea Deanna Baharudean berkata hanya Allahyarham Mamat Khalid sahaja yang memahami watak tersebut kerana arwah yang membawa nama itu di persada seni.

“Terus-terang saya boleh katakan watak Yah Kuchai telah pun mati dalam naskah terakhir… kemunculan saya sama seperti watak-watak lain seperti Husin yang Uncle Mamat kenalkan.

“Malah, hampir semua karakter yang diperkenalkan oleh arwah seperti watak Yah Kuchai hanya arwah saja betul-betul faham keperluan dalam naskah-naskah beliau.

Yah Kucai

Afea tamat pelajaran di UPSI.

“Takkan ada lagi pengarah lain yang mampu cari personaliti menggantikan watak Yah Kuchai,” katanya.

Menurut Afea lagi, watak Yah Kuchai hanya eksklusif kepada naskah arwah Mamat Khalid, malah warisnya iaitu Mohd Khalid Amen dilihat tidak mampu menyambung legasi peranan Yah Kuchai dalam naskahnya selepas ini.

“Hanya arwah saja yang betul-betul mengerti watak Yah Kuchai,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Mamat Khalid meninggal dunia pada 24 Oktober tahun lalu akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.

Watak Yah Kuchai lakonan Afea itu diwujudkan menerusi karya 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Bersiri-Siri dan Kampong Pisang Musikal Raya.

Dalam pada itu, Afea yang kini berusia 22 tahun melahirkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pelajarannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Afea antara salah seorang penerima diploma daripada 825 graduan semasa sesi keenam, Istiadat Konvokesyen ke-23 UPSI yang berlangsung pada Khamis.

Yah Kucai

Afea bersama ibu bapanya.

“Alhamdulillah selesai juga pengajian saya di UPSI. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan juga para pensyarah di universiti serta rakan-rakan yang banyak membantu perjalanan pengajian saya di sini.

“Pada awalnya agak susah saya nak suaikan diri, iyalah, saya gadis luar bandar, membesar dalam suasana kampung dan tak biasa dengan persekitaran kampus.

“Tambahan pula berjauhan dengan keluarga, namun sedikit demi sedikit, saya pelajari cara berdikari dan mula mencari kerja untuk sara pengajian saya di sini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Sudah tiada ‘Yah Kuchai’ selepas Mamat Khalid meninggal dunia, Afea Deanna tak mungkin lakon watak itu lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*