Kereta terjvn4m d4lam svng4i, j4s4d ibu dan 2 an4k ditemui berpeluk4n

 

SEBUAH kereta Proton Persona terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, Kedah.

Lebih menyayat hati apabila pihak bomba menemui mayat tiga beranak dalam keadaan berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada pukul 3.30 pagi, Ahad.

“PPDA yang melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan kedudukan kereta di dasar sungai yang mempunyai kedalaman lebih 5 meter.

“Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta terbabit dengan menggunakan kren,” katanya.

Menurut Syufaat, sebaik membuka pintu, mayat Mashitoh Ibrahim, 37, ditemui bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq, 5, berada di bahagian tempat duduk belakang.

“Kita dapati cermin pecah dan berlaku kerosakan di bahagian hadapan kereta. Jadi, saya percaya, mengikut SAR yang kita buat, mangsa iaitu ibu dan anak-anak ini, mungkin telah berada di belakang.

“Tetapi, pada keadaan itu, kita memang tidak dapat pastikan sama ada mereka bertiga masih bernyawa atau pun tidak,” tambahnya.

Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. –SINAR HARIAN

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Kereta terjvn4m d4lam svng4i, j4s4d ibu dan 2 an4k ditemui berpeluk4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*