Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengaba1an dan pengan1ayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Perkara itu turut mendapat perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Menerusi satu entri di Insta Story, Che’ Puan Khaleeda berkata dengan kuasa yang dimiliki, beliau mahu membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan buat adik Bella.

Selepas Che’ Puan Khaleeda, giliran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes pender4an Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya.

Tambah Tunku Ismail, kes pendakw4an pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT).

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail ada memuat naik kembali perkongsian isterinya yang menggesa keadilan buat Bella.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*