Tak Sanggup Tengok Uyaina Meronta Tahan Sak1t, Raja Syahiran Rasa Diri Tak Berguna

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menjalani pembedahan apendiks di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Melihatkan isterinya menahan sak1t selepas pembed4han dan kerad4ngan pada rahim, penyanyi Raja Syahiran berkata dia merasa sed1h dan merasakan seperti dirinya tidak berguna.

Memetik mStar Online, Syahiran berkata dia berharap kesak1tan yang ditanggung isterinya itu dapat dipindahkan kepadanya

“Memang sed1h apabila melihat isteri meronta-ronta tahan sakit, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk bantu. Hanya mampu berdoa sahaja.

“Ketika itu saya berharap kalau boleh sak1t itu dipindahkan kepada saya dan biar saya yang tanggung. Saya rasa diri macam tak berguna kerana tidak boleh membantu,” katanya.

Menurut Syahiran lagi, isterinya yang kini hamil anak sulung sudah pun dibenarkan pulang ke rumah dan dinasihatkan berehat selama dua minggu.

“Syukur isteri dan kandungannya sihat dalam keadaan baik sekarang ini dan doktor nasihatkan supaya berehat selama dua minggu.

“Selepas melihat keadaan isteri barulah saya faham bagaimana perasaan seseorang yang kita sayang dalam keadaan sak1t namun tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.

Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. Minggu lalu, Uyaina berkongsi berita gembira dirinya sedang hamil anak sulung.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : ROTIKAYA

 

Be the first to comment on "Tak Sanggup Tengok Uyaina Meronta Tahan Sak1t, Raja Syahiran Rasa Diri Tak Berguna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*