Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti g4nggu Syamsul Yusof! Label tiada marvah asyik kejar suami orang

EMPAT tahun menahan sabar, pelakon Puteri Sarah akhirnya memberi am4ran secara terbuka kepada individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Dakwa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, wanita yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengg4nggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof sejak tahun 2019.

“Daripada dulu sampai sekarang saya dig4nggu dengan akaun palsu, diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kac4u mental saya sejak 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Apabila kami berbaik, anda ugvt suami saya pula.

“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya menerusi Instastory pada Sabtu.

IG Puteri Sarah

Puteri Sarah dedah gangguan diterima di Instagram.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi am4ran kepada Ira supaya berhenti menganggu hidupnya lagi.

“Kali ini cukuplah anda g4nggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati-hati doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.

Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya!

PUTERI SARAH

PELAKON

 

“Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda mas4lah menarik perhatian netizen.

Puteri Sarah mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.

WhatsApp Image 2022-04-16 at 8.01.54 PM

Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa meng4nggu suaminya.

“Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kazar? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki? Mana pergi semua teman lelaki anda?

“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada marvah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.

“Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti g4nggu Syamsul Yusof! Label tiada marvah asyik kejar suami orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*