“Cintakan Saya Sorang Je Tau” – Ucapan Uqasha Sempena Hari Lahir Kamal Buat Ramai Tersentvh

Gelagat pasangan pengantin baharu, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sekali lagi menyorot perhatian netizen selepas Uqasha memberi ucapan sempena hari lahir suaminya yang ke-36.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Uqasha mendoakan agar suaminya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan diberikan rezeki oleh Allah SWT seluas-luasnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Selamat ulang tahun suami ku yang tercinta tersayang, insya-Allah akan jadi cinta abadi ku dan yang terakhir.

“Saya doakan abang sentiasa sihat sentiasa bahagia dengan saya hehehe dan keluarga tercinta.

“Ya Allah kau buka lah pintu rezeki seluas-luasnya buat suami ku, panjangkan umurnya. Dan yang paling penting sentiasa ingat Allah dan cintakan saya sorang je tau!

“Semoga segala doa-doa abang, Allah akan makbulkan. And again happy birthday my love,” tulis Uqasha.

Menerusi ruangan komen, kelihatan pelakon Aprena Manrose iaitu sepupu Uqasha mengakui tersentuh dengan ucapan yang dititipkan oleh Uqasha terhadap suaminya.

“Awww wish you buat I tersentuh. Selamat ulang tahun sepupu ipar ku. Semoha dilindungi dan diberkati Allah sentiasa, berjaya dunia akhirat,” tulisnya.
Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November lalu. Namun, pengumuman tentang pernikahan mereka hanya dibuat pada awal Disember 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "“Cintakan Saya Sorang Je Tau” – Ucapan Uqasha Sempena Hari Lahir Kamal Buat Ramai Tersentvh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*