Yuna akhirnya maafkan lelaki ini selepas 6 tahun ‘bl0ck’ Twitter. Siap pesan jangan buat lagi

SELEPAS enam tahun akaun Twitter disekat oleh Yuna kerana terlanjur bergurau kasar, akhirnya seorang lelaki meluahkan rasa gembira kerana penyanyi itu sudah memaafkan tindakan yang dilakukan sebelum ini.

Individu dikenali sebagai Akeem Sharyzal berkata Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai menyekat akaunnya itu sejak tahun 2016 kerana soalan serta jenaka yang ditujukan kepada penyanyi itu menerusi laman berkenaan.

Menyedari kes1lapan yang dilakukan, Akeem memohon maaf kepada penyanyi lagu Crush itu kerana bersikap tidak matang ketika bertanyakan soalan.

“Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua. Tolong perasan saya Yuna. Saya minta maaf, masa itu saya masih budak-budak yang nakal dan tak pandai fikir dengan baik.

“Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna, saya datang bawa isteri saya,” tulis Akeem menerusi Twitter.

Pada tahun 2016, Yuna menyek4t akaun seorang pengguna Twitter yang bertanyakan soalan sama ada dia takutkan lipas atau tidak.

Bagaimanapun jawapan balas yang diberikan lelaki itu mengundang rasa kurang senang Yuna.

“Yuna takut lipas tak?,” tanya Akeem.

“Takut,” jawab Yuna.

Individu tersebut berkongsi perkara itu di Twitter.

“Saya tak takut sebab saya lagi takut Allah,” balas Akeem lagi.

Gara-gara gurauan itu, Yuna bertindak menyekat akaun berkenaan selama enam tahun dan dibuka semula pada Jumaat.

Dalam pada itu, Yuna turut meninggalkan pesanan kepada Akeem supaya tidak mengulangi kesal4han yang sama selain mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

“Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda,” tulis Yuna.

Perkongsian individu tersebut menerima lebih 8,000 retweets dan 25,000 tanda suka.

Beriktu sedikit info dan Biodata Yuna

1. Pemilik nama sebenar, Yunalis Mat Zara’ai.

2. Popular dengan nama pentasnya, Yuna atau Yuna Zarai.

3. Lahir di Alor Setar, Kedah pada 14 November 1986.

4. Kini berusia 33 tahun.

5. Bapanya, Dato’ Mat Zara’ai bin Alias berkhidmat sebagai penasihat undang-undang semasa Mahkamah Tinggi di Johor Bahru, manakala ibunya, Datin Anum Wahab merupakan guru kimia di sebuah sekolah tinggi.

6. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4 Subang Jaya, Selangor, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam jurusan undang-undang yang melayakkannya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Hons).

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

8. Kini bergelar penyanyi, pemuzik, komposer dan penulis lirik.

9. Memperjuangkan genre muzik Pop dan Rock Indie.

10. Namanya mula meledak selepas penerbitan single ‘Dan Sebenarnya’.

11. Beberapa album studio yang pernah dirakamkannya ialah Decorate pada tahun 2010, Terukir Di Bintang (2012), Yuna (2012), Nocturnal (2013), Material (2015), Chapters (2016) dan Rouge (2019).

12. Pernah berhubungan cinta dengan pemuzik dan pengacara, Qi Razali pada sekitar 2009 hingga 2012.

13. Beliau akhirnya mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Adam Sinclair pada 26 Januari 2018 selepas terlebih dahulu bertunang pada 5 Ogos 2017.

Fakta Menarik

Mula bermain gitar sewaktu menganggotai sebuah kugiran ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA.

Sebelum popular, beliau pernah bergelar penyanyi latar kepada penyanyi Dayang Nurfaizah selama beberapa bulan.

Berkebolehan bermain beberapa instrumen muzik seperti gitar, keyboard dan ukulele.

Mencipta pencapaian membanggakan apabila albumnya, Chapters disenaraikan Billboard sebagai antara 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016, di samping nama-nama besar seperti Beyonce, Rihanna dan John Legend.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Yuna akhirnya maafkan lelaki ini selepas 6 tahun ‘bl0ck’ Twitter. Siap pesan jangan buat lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*