Ifa Raziah terpaksa pasang lima ‘bodyguard’! Nak tunjuk barang kemas..

SERING memperagakan barangan kemas bernilai ratusan rubu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ifa Raziah Divas 👸👑 (@ifaraziahdivas)

Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.

“Bukannya saya pakai barang kemas ini setiap hari. Hanya akan pakai ketika menghadari majlis tertentu sahaja.

“Saya akan lima orang pengawal peribadi yang akan pantau keadaan sekeliling apabila saya keluar dengan mengayakan barang kemas bernilai tinggi,” katanya kepada mStar.

Kata Ifa yang juga merupakan seorang usahawan, memakai barang kemas adalah salah satu strategi pemasaran untuk membuktikan kejayaan dalam perniagaan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ifa Raziah Divas 👸👑 (@ifaraziahdivas)

Ifa ambil langkah selamat pasang pengawal peribadi

Sementara itu, Ifa juga tidak mengambil peduli jika ada pihak yang mengatakan barang kemas yang dipakainya adalah palsu.

“Mungkin saya tidak tunjukkan duit yang banyak atau memiliki kereta mewah, tetapi dengan ada barang kemas begini ia merupakan satu cara pemasaran supaya orang melihat kejayaan saya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ifa Raziah Divas 👸👑 (@ifaraziahdivas)

“Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah. Apa yang penting masing-masing hidup bahagia,”ujarnya.

Jika ada yang kata saya pakai barang tiruan… biarkanlah IFA RAZIAH PENYANYI

Ifa ditemui ketika sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Acara jualan raya ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan ia bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL).

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Ifa Raziah Divas 👸👑 (@ifaraziahdivas)

Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung.

“Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari.

“Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang mahu turut sama,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Ifa Raziah terpaksa pasang lima ‘bodyguard’! Nak tunjuk barang kemas.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*