“Kalau Nak Balik Malaysia Tu Memang….”-Nur Sajat Teruja Passport Pelancongan Diluluskan Oleh Kerajaan Australi

Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa teruja apabila dirinya kini sudah berpeluang untuk menaiki penerbangan selepas pihak kerajaan Australia telah meluluskan permohonan passport pelancongan miliknya.

“Terima Kasih Banyak-Banyak Kerajaan Australia”

Menerusi hantaran di Instagram, Sajat dilihat berada di Imigresen untuk mengambil passport nya dan menyatakan bahawa dia bakal melakukan business trip dalam masa terdekat.

“Terima kasih banyak-banyak kerajaan Australia. Akhirnya saya mendapat dokumen pelancongan (passport)..OMG!! So happy dapat terbang ke awan biru, Now Sajat boleh lah terbang business trip dalam masa terdekat ini.”-Nur Sajat

Tidak Boleh Pulang Ke Malaysia

Tambahnya lagi, Sajat turut memberitahu dia memang sudah tidak boleh pulang ke Malaysia dan sentiasa melakukan panggilan video serta mengirim wang belanja buat keluarganya di Malaysia.

“Kalau nak balik Malaysia . memang tak boleh dan untuk keluarga mak ayah Sajat, now ayah Sajat tak berapa sihat. Dari minggu lepas lagi ayah tak sihat. Sajat kat sini video call dan dapat kirimkan buat keluarga.

Apapun, Kaklong dan Mak selalu update pasal hal Ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya.”-Nur Sajat

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)

Hidup Perlu Diteruskan

Dalam pada itu, Sajat menyatakan bahawa hidup tetap perlu diteruskan untuk rezeki anak-anak dan keluarga tercinta di Malaysia.

“Dan saya dapat passport ini pun, saya nak travel untuk business trip saya. Memandangkan bulan 5 atau 6 ini kedai saya akan mula beroperasi.

Kerja tetap kerja. Hidup perlu diteruskan. Untuk rezeki anak-anak dan keluarga tercinta saya.”-nur Sajat

Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat telah berjaya menukar statusnya kepada wanita di Malaysia. Malah dia turut berasa gembira dengan ‘kejayaan’ tersebut. Untuk rekod, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Malah dia turut menjadi buruan pihak berkuasa tempatan sehingga ke hari ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Murai MY

 

Be the first to comment on "“Kalau Nak Balik Malaysia Tu Memang….”-Nur Sajat Teruja Passport Pelancongan Diluluskan Oleh Kerajaan Australi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*