“Soal jodoh, ada ‘manager’ di atas yang tentukan” – Rossa

FIGURA jelita, penyanyi popular Rossa sebetulnya seorang yang sangat mesra dan bersikap terbuka acap kali diajukan pertanyaan tentang peribadi, meskipun soalan sebegitu sangat kerap dilayangkan kepadanya.

Tak pernah melatah apatah lagi letih menjawab perihal isi hati, penyanyi yang digelar Diva Indonesia itu mesra melayan setiap pertanyaan media lokal ketika berkesempatan menemubualnya secara maya baru-baru ini.

Selepas lebih sedekad bercer4i, Rossa akui sempat didekati beberapa lelaki tetapi semuanya tidak membawa kepada ikatan bahagia.

Maka akhirnya dia selesa dan bahagia mendepani kehidupan sebagai wanita berkerjaya serta ibu tunggal yang berjaya dalam karier.

“Buat masa ini, betul saya tidak fikir soal jodoh dan pasangan. Sebab saya ada anak, Rizky Langit Ramadhan. Beberapa tahun semenjak bercer4i, saya tak pernah fikir secara serius untuk bernikah atau bercinta.

“Kerana keutamaan saya adalah dunia nyanyian. Bab jodoh, itu memang ditentukan Allah. Kalau minta kepadanya, pasti kita mahukan yang terbaik. Tapi soal bila dan siapa, saya meletakkan keyakinan bahawa Allah lebih tahu,” katanya.

PERNAH terperangkap dalam cinta yang tak pasti, akui Rossa, dia bagaimanapun berlapang dada dan percaya setiap jodoh manusia adalah aturan Allah. Foto – Instagram Rossa

Meletakkan urusan dan takdir hidupnya di tangan Tuhan, penyanyi berusia 43 tahun itu enggan terlalu runsing soal pasangan hidup.

“Jadi di dunia ini yang lebih realitinya adalah saya hanya menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan waktu yang cukup panjang untuk berada dalam industri muzik, disukai ramai orang dan dikenali pelbagai generasi. Soal jodoh, ada ‘manager’ di atas yang tentukan semuanya,” ujarnya penuh makna.

Pernah berharap

Rossa yang ditemu bual sempena mempromosikan single terbaharunya berjudul Terlalu Berharap bercerita lanjut tentang penerbitan lagu berkenaan yang mendapat sentuhan Andmesh Kamaleng.

Kata penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Ocha itu, demo lagu tersebut dirakam secara spontan ketika dia datang ke rumah Andmesh.

“Saya datang ke rumahnya dan di situ ada sebuah piano di dalam bilik. Jadi saya duduk dan nyanyi terus di situ. Kemudian demonya dihantar kepada Andi Rianto yang melakukan kerja-kerja susunan muzik. Hasilnya sangat bagus,” kata Rossa.

Terlalu Berharap merupakan lagu runut bunyi untuk filem Love Knots lakonan bintang-bintang muda seperti Beby Tsabina, Rizky Nazar, Brisia Jodie, Vladimir Rama, Riri Moeya dan Aidil Saputra.

Filem tersebut diterbitkan oleh syarikat produksi milik Rossa, Inspire Production dan sudah mula ditayangkan di Indonesia sejak 29 November lalu.

SELEPAS beberapa tahun, Rossa kembali menghadiahkan peminat dengan lagu galau atau ‘pembunvhan’ iaitu genre balada menerusi Terlalu Berharap.

Menerusi judulnya, tak perlu lagi dijelaskan tentang intipati dan jalan cerita lagu Terlalu Berharap.

Berharap pada cinta atau hubungan yang tak pasti, kebanyakan daripada kita pasti ada yang pernah merasai. Rossa juga mengakui, dirinya sendiri pernah berada dalam fasa tersebut.

Cuma, kisah tersebut berlaku sudah lama, bukannya sekarang. Penyanyi itu terperangkap dalam kitaran kisah cinta yang tak pasti selama 10 tahun lamanya.

“Sebetulnya, saya juga pernah berharap pada seseorang. 10 tahun lamanya, sangat panjang kan? Tapi akhirnya kami sama-sama sedar yang hubungan ini tidak mampu dibawa ke gerbang perkahwinan atau tetap melanjutkan hubungan.

“Kejadian itu sudah lama berlaku. Jadi saya lupa apa rasanya. Tapi waktu itu saya baik-baik saja, tak mengapalah, sudah tak ada jodoh kan,” ujarnya.

Lagu membvnuh

Penyanyi itu berada di kelas tersendiri dalam lingkungan karier yang kukuh, meskipun industri muzik Indonesia dilihat sangat berkembang pesat dengan kehadiran pendatang baharu.

Tak tergugat dek situasi tersebut, Rossa sangat bersyukur apabila namanya masih dan sentiasa relevan selaku artis popular Indonesia sehingga ke saat ini.

Dia juga tidak pernah menutup peluang menghadirkan kerjasama dengan anak muda, contohnya menerusi penghasilan lagu Terlalu Berharap.

KEADAAN semasa yang dibenarkan menganjurkan konsert ketika ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Rossa untuk mengadakan persembahan sempena usia 25 tahun dirinya dalam industri.

Ketika ditebak tentang faktor yang membuatkan dia bersetuju mahu merealisasikan kerjasama bersama Andmesh, penyanyi itu ada alasan yang dikira sangat lucu bagi dirinya.

“Orang sering dengar lagu saya berunsur sedih atau galau. Jadi saya berhenti seketika lahirkan lagu sebegitu. Tapi pada akhirnya, ramai pula yang meminta lagu balada galau.

“Makanya, saya pilih lagu Terlalu Berharap kerana fikir karya ini mewakili lagu-lagu balada saya yang terdahulu. Saya pun sudah lama tak keluarkan lagu yang melambangkan identiti saya iaitu balada.

“Ternyata, orang tetap mahu saya nyanyikan lagu galau atau mereka sebut sebagai lagu ‘pembunvhan’,” katanya sambil ketawa.

Sebelum menutup bicara, wanita itu berkongsi perancangan kariernya pada tahun depan dengan penganjuran konsert sempena 25 tahun penglibatan dalam industri seni.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : kosmo

 

Be the first to comment on "“Soal jodoh, ada ‘manager’ di atas yang tentukan” – Rossa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*