“Makan Nasi Lemak Dalam Mangkuk Guna Chopsticks?”- Tiz Zaqyah Luah Rasa Kecew4

“Nasi lemak dalam mangkuk makan guna chopsticks (penyepit)? That’s so fake (menipu)!”

Itu luahan kekecewaan pelakon Tiz Zaqyah atau nama lengkapnya, Siti Zaqyah Abdul Razak terhadap sebuah restoran ‘kopitiam’ diusahakan anak Malaysia berpangkalan di New York, Amerika Syarikat yang diberitakan sebuah portal ‘mat salih’, Food Insider.

Menerusi video yang dimuat naik Food Insider, nasi lemak, satu juadah kebanggaan Malaysia yang sering disebut-sebut sebagai makanan kebangsaan negara ini dinikmati pelanggan restoran berkenaan dengan menggunakan chopsticks dan disediakan dalam bekas mangkuk.

Kredit foto: IG

“Dah keluar Malaysia, depa (mereka) burukkan Malaysia, tipu mat salih macam ini,”tweet Tiz.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih membuatkan Tiz dan kebanyakan netizen Twitter bengang adalah kenyataan yang tidak benar daripada pengusaha restoran terbabit mengatakan Malaysia akan menggantung mati golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di negara ini.

Pengusaha restoran terbabit yang dikenali sebagai Kyo Pang dan Moonlynn Tsaiyang merupakan pasangan lesbian yang berstatus pelarian (refugee) di negara Uncle Sam tersebut.

“Di Malaysia, anda boleh dikenakan hukuman g4ntung kalau anda LGBTQ,” ujar Moonlynn dalam temu bual video terbabit.

Kenyataan mengelirukan tersebut membuatkan orang ramai berang kerana pengusaha restoran berkenaan seperti memburuk-burukkan nama Malaysia selepas berjaya mengecap kejayaan di negara orang.

“Mereka bukan orang Islam. Siapa yang nak gantung mereka? Kalaupun mereka Muslim, kerajaan tidak akan buat perkara itu juga. Dakwaan yang salah terhadap Malaysia namun masih mahu mengambil kesempatan dari nama negara ini,” bidas seorang netizen.

Bagaimanapun, pemilik restoran berkenaan, Kyo Pang menjelaskan menerusi direct message (DM) yang dikongsikan Tiz bahawa, dia sudah memohon maaf atas kesilapan laporan video yang dilakukan Food Insider.

Kata Pang, rakan kongsinya, Moonlynn bukan orang Malaysia dan sudah tiada kena-mengena dengan perniagaan yang diusahakannya itu.

Pang mengakui banyak perkara yang salah diberitkan dalam video yang dimuat baik portal berkenaan termasuk penggunaan chopsticks dan menyebut nasi putih yang sepatutnya disebut sebagai nasi lemak.

“Individu yang salah cakap tentang LGBTQ dihukum gantung di Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan kopitiam sejak pandemik dan dia bukan orang Malaysia juga,tweet Tiz. 

Bagaimanapun, susulan itu, ramai yang memberi bukti situasi yang disedang dihadapi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat yang diburu kerana menukar gender.

“Saya tengok Sajat dan kawan-kawan elok sahaja meniaga. Kaya-raya lagi,tweet  netizen lain.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Nur Sajat kini dalam tanahan pihak imigresen Thailand sejak 8 September lalu atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah. Usahawan itu juga diburu pihak berkuasa tempatan selepas gagal membayar ganti rugi sebanyak hampir RM200,000 kepada bekas stokis syarikatnya, OWA Resources.

Sumber: Kosmo

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/

 

Be the first to comment on "“Makan Nasi Lemak Dalam Mangkuk Guna Chopsticks?”- Tiz Zaqyah Luah Rasa Kecew4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*