“Bagai Gula Dihurung Semut”

(gambar sekadar hiasan)

 

PADA mulanya Merak Jalanan sangkakan gambar pantai dan sungai yang penuh sesak dengan orang ramai bagai semut menghurung gula adalah gambar lama sebelum PKP dilaksana tahun lalu. Rupa-rupanya ia gambar terbaharu di Melaka dan Selangor hujung minggu lalu.

Merak Jalanan juga naik gerun tengok video anak kecil, remaja dan orang dewasa bersesak-sesak tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka padahal kes C0v!d-19 masih melata di Lembah Klang.

Memandangkan aktiviti pelancongan telah dibenarkan, semua aktiviti pantai sudah boleh dijalankan.

Ada naik banana boat, ada main pasir, ada mandi-manda. Di kawasan pantai kelihatan anak-anak berlari-lari dan gerai tepi jalan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Tidak kurang pula yang sekadar menjadi penonton – melepas rindu melihat keindahan alam atau memerhati gelagat manusia seperti burung terlepas sangkar selepas lama terkurung.

Ada yang kecam, ada yang pandang positif. Merak Jalanan lebih kasihankan anak-anak yang belum divaksin.

Kerajaan sudah beri kelonggaran, ibu bapa sepatutnya kenalah beringat. Kalau tengok tempat dah penuh, jalan sesak, patah balik sajalah.

Ini baru baru dibenarkan rentas daerah dan cuma pelancong dalam negeri yang datang, belum pelancong dari negeri-negeri lain. Merak Jalanan dengar ada ura-ura kerajaan akan benarkan aktiviti rentas negeri kepada individu lengkap dua dos vaksin tidak lama lagi.

 

Sumber : sinar harian

Be the first to comment on "“Bagai Gula Dihurung Semut”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*