Tak Sampai Sebulan Kahwin Dah Lafaz T4lak, Pelakon Ragu Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian DNA

 

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Rizki Syafaruddin atau lebih dikenali dengan nama Rizki DA dipercayai mempertikaikan keh4milan isterinya, Nadya Mustika Rahayu kerana usia kandungan Nadya pada ketika itu dikatakan tidak selari dengan tarikh perkahwinan mereka.

Memetik laporan tempatan, Rizki dan Nadya telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020 dan dua minggu kemudian iaitu pada 29 Julai 2020, mereka sudah tidak ‘bersama’. Namun pada 1 Ogos 2020, Rizki dan Nadya telah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan keh4milan dan selepas itu Nadya dikatakan telah pulang ke rumah orang tuanya. Dakwa Rizki, dia tidak pernah menghalau Nadya sebaliknya Nadya keluar dari rumah tersebut atas kerelaannya sendiri.

Pada tanggal 12 Ogos 2020, Nadya memaklumkan dirinya berbadan dua sedangkan pada enam hari yang lalu, Nadya mengakui dirinya masih dalam tempoh haid. Berita keh4milan tersebut secara tidak langsung membuatkan Rizki menjadi semakin ragu.

 

Tidak terhenti di situ, keluarga Nadya kemudian datang ke rumah keluarga angkat Rizki untuk membincangkan mengenai rumah tangga mereka. Selain sedang ragu dengan keh4milan si isteri, Rizki juga turut didesak oleh keluarga Nadya sama ada ingin meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya. Pada ketika itu (22 Ogos 2020), Rizki telah menjatuhkan t4lak terhadap Nadya.

Berikutan daripada isu itu, ada pihak mencadangkan supaya Rizki melakukan ujian DNA dan pada Jun lalu selepas bayi dilahirkan, Rizki dikatakan telah membuat ujian DNA. Meskipun begitu, keputusan ujian tersebut tidak didedahkan kepada umum. Menurut Rizki, biarlah perkara itu hanya diketahui oleh ahli keluarganya sahaja.

Namun sebulan selepas itu, ada berita mengatakan bahawa pasangan ini sudah kembali rujuk dan disebabkan tempoh iddah sudah habis, Rizki dan Nadya disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan. Pasangan ini juga tidak menafikan bahawa pada awalnya hubungan rumah tangga mereka agak janggal. Oleh iu, Rizki meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

 

Sumber: Oh Bulan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : motifviral

 

Be the first to comment on "Tak Sampai Sebulan Kahwin Dah Lafaz T4lak, Pelakon Ragu Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian DNA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*