Kesihatan Ibu Mentua Mer0s0t, Ifa Raziah M0hon D0a Semua

KUALA LUMPUR : Penyanyi , Ifa Raziah memohon semua pihak agar mendoakan kesihatan ibu mentuanya, Khizan Zain, 71, yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor akibat kerosakan buah pinggang.

Ifa yang dihubungi berkata, ibu mentuanya dikejarkan ke hospital semalam apabila keadaannya semakin tenat. 

“Mak sebelum ini ada kencing manis yang teruk, darah tinggi dan pernah dua kali nazak ketika di rawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Malah saya dah bawa segala kelengkapan seperti kain kapan sebagai persediaan, namun syukur pada Allah umurnya masih panjang. Dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selama berbulan-bulan. 

“Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lalu, pihak hospital meminta kami membawa emak balik dan meneruskan rawatan di rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ifa, difahamkan HKL tidak boleh lagi merawat pesakit seperti ibu mentuanya kerana kes Covid-19 yang tinggi. Selain itu, keluarga pesakit juga tidak boleh melawat kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa pandemik.

“Bila bawa ibu mentua balik ke rumah, kami upah doktor datang merawatnya setiap hari, selain mengambil seorang jururawat peribadi untuk menjaga segala keperluannya.

“Empat bulan juga emak dirawat di rumah dan semalam, keadaannya agak teruk. Kami pun dah tak berdaya dan akhirnya minta tolong kawan-kawan sekiranya tahu hospital yang boleh terima pesakit.

“Ini kerana, kami difahamkan semua hospital di sekitar Lembah Kelang memang penuh dan kekosongan pula hanya ada di pusat perubatan di Shah Alam,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

 

Sumber : harian metro

Be the first to comment on "Kesihatan Ibu Mentua Mer0s0t, Ifa Raziah M0hon D0a Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*