Lari laju sangat, netizen berdek4h kucing ‘brek tak makan’ sampai terlajak ke rumah sebelah

Kini media sosial tidak lagi diguna untuk dikongsikan mengenai diri sendiri sahaja kepada orang ramai malah dengan adanya laman aplikasi yang semakin canggih, rata-ratanya dapat menggunakan untuk berkongsi ilmu atau perkara yang menghiburkan.

Contohnya telatah kucing kesayangan mereka yang mana sebenarnya ramai yang sangat sayang dengan haiwan itu seperti ahli keluarga sendiri.

Namun begitu, dengan adanya laman aplikasi seperti TikTok, orang ramai dapat menyaksikan telatah kucing yang tidak disangka-sangka merupakan haiwan yang kelakar. Seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Maverick tentang kucingnya.

Melalui video yang dimuat naik kepada umum ini, kelakarnya kucing kesayangan dia sehingga rakaman yang sempat dirakam ditonton lebih 300,000 kali oleh pengguna yang lain.

Ini kerana rata-rata pengguna TikTok yang tertarik dengan video kucing milik individu tersebut yang boleh pula terlajak ke rumah sebelah akibat lari terlalu laju.

Tulisnya diruangan kapsyen, dia ingin merakam kepulangan kucing miliknya tersebut namun terakam si bulus comel itu terlajak ke rumah sebelah sehingga mengundang reaksi lucu ramai.

“Dah la terlajak, pastu tak patah balik pulak tu”

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kucing boleh diambil di rumah jiran”

“Mesti dia tengah malu duk tepi tu”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HCL

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Lari laju sangat, netizen berdek4h kucing ‘brek tak makan’ sampai terlajak ke rumah sebelah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*