Kucing berdiri depan ular tedung selama 30 minit tidak bagi masuk rumah raih pujian

Kucing dan ular memang tidak pernah sekepala, tetapi biasanya tugas menjaga rumah dari penceroboh diberikan kepada anjing kerana mereka lebih besar dan menakutkan.

Tetapi seekor kucing peliharaan di India ini membuat pemiliknya bangga dan meraih pujian dari netizen setelah ia dengan berani berdepan dengan seekor ular tedung untuk menjaga rumahnya, sementara ular tedung itu berdiri dengan mengancam di hadapannya.

Kucing berkenaan langsung tidak memberi peluang kepada ular tersebut untuk masuk ke dalam rumah sehinggalah pekerja bantuan ular sampai di tempat itu untuk menangkap dan mengalihkan ular itu ke habitat semula jadi.

Dalam gambar yang dikongsi oleh agensi berita ANI, kucing putih itu dilihat duduk berjaga-jaga di depan rumah sementara ular tedung dengan hud yang dikembangkan menunggu di hadapannya.

Kucing itu berjaga selama setengah jam sementara penduduk tempatan memanggil bantuan, dan tindakan si bulus berkenaan dianggap satu kejayaan kerana bukan asing bagi ular tedung untuk menyerang kucing.

Sampath K Parida, seorang penghuni rumah tersebut, mengatakan bahawa kucing mereka itu baru berusia satu setengah tahun dan tinggal bersama mereka seperti ahli keluarga.

“Bagi kucing ni pangkat datuk…”

“Kucing lain duduk jaga untuk halang aku masuk rumah sendiri…”

“Dorang sedang berkomplot…”

“Kucing aku akan bagitahu ular tu bilik aku kat mana…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HCL

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Kucing berdiri depan ular tedung selama 30 minit tidak bagi masuk rumah raih pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*