Keluarkan Duit Sendiri Beli Barang, Cik B Mencari Rumah Dengan Bendera Putih Di Bandar Ipoh

Usahawan muda yang juga anak kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B, tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat p4ndemik COV1D-19.
 
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, 16, yang ditemani adik lelakinya Muhammad Eric Zaquan, atau Kacak, 14, mahu mencari bendera putih di sekitar bandar Ipoh untuk menghulurkan bantuan.
 
Menerusi laman sosial Instagram, Cik B berkongsi sebuah video misi bantuan tersebut untuk tatapan umum.
 
“Hari ni saya nak pergi menolong orang yang perlukan bantuan. Cik B nak pergi cari bendera putih.
“Esok Cik B akan mengedarkan barangan ni, kalau korang nak, korang boleh bagitau area mana tapi dekat Ipoh je tau. Area Chemor, Chepor, Manjoi, Lembah Kinta, Meru, boleh. Ini sedikit sebanyak yang mampu Cik B bagi,” ujarnya di dalam video yang berdurasi lebih lima minit itu.
 
Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat kedua adik- beradik itu keluar membeli barangan keperluan harian di pasar raya Mydin yang terletak di Meru Raya sebelum diagihkan ke rumah-rumah mereka yang memerlukan.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® 𓄁𓃠𓆉𓅿𓃰𓆏 (@cikb_havoc66)

Di ruangan IG Story, Cik B berkongsi momen pengagihan barangan keperluan ke rumah-rumah orang yang terjejas dan melihat sendiri keadaan mereka.
 
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji dan sebak melihat Cik B berkongsi rezeki, membelanjakan wang sendiri bagi menghulurkan bantuan.
 
Adore betul dengan Cik B. Semoga makin murah rezeki Cik B dan dapat tolong ramai orang,” komen seorang wargamaya.
 
Masyallah, you have a kind soul. May Allah bless you and your family Cik B,” puji seorang wargamaya.
 
Alhamdulillah, anak yang baik, membantu mereka yang memerlukan. Terbaik didikan DSV,” kata seorang wargamaya.
 
Ini salah satu contoh yang baik, bantu sesama insan, tak kira siapa orang tu agar kita semua terus buat kebaikan dengan hati yang ikhlas,” ujar seorang wargamaya.
 
Macam ni yang kita mahukan. Lebih ramai jutawan yang dermawan. Moga Cik B sekeluarga dapat teruskan usaha murni ni,” tulis seorang wargamaya lagi.
 
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 150,000 tontonan daripada pengikutnya.
 
 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Keluarkan Duit Sendiri Beli Barang, Cik B Mencari Rumah Dengan Bendera Putih Di Bandar Ipoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*