Sedekahkan al-Fatihah jika rindu, pesanan terakhir bapa sebelum ditidurkan

Jempol: “Papa pesan jaga adik dan opah elok-elok. Jika rindu kepada papa dan mama kami diminta sedekahkan al-Fatihah,” kata Mohammad Syahmil Sabiha, 12.

Mohammad Syahmil dan adiknya, Nurhaniesya, 8, menjadi yatim piatu selepas ibu, Hazliza Hassan, 38, dan bapa, Sabiha Ibrahim, 38, meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

Hazliza meninggal dunia pada 14 Jun lalu di Hospital Jempol manakala Sabiha pula menghembuskan nafas terakhir pada 28 Jun di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Menurutnya, masih terngiang terngiang-ngiang pesanan terakhir bapanya ketika bercakap menerusi telefon sebelum arwah ditidurkan.

Katanya, bagi mengubat kerinduan dia dan adiknya akan menatap gambar dan memeluk baju arwah ibu dan bapa.

Dua beradik itu kini tinggal bersama nenek mereka Salmah Abdol, 69, di Felda Palong 7.

Sementara itu, Salmah berkata, dia tidak menyangka kehilangan anak dan menantu dalam masa singkat akibat virus berkenaan.

“Arwah anak, Hazliza dan menantu mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Sabiha juga ada asma.

“Hazliza sebelum itu sudah beberapa kali berulang-alik ke Hospital Jempol kerana menjalani pemeriksaan masalah kandungannya. Beberapa hari selepas pulang ke rumah dia mengalami sesak nafas,” katanya.

Katanya, anaknya kemudian dihantar semula ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

“Berikutan itu dia bersama menantu dan dua cucu turut diarah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum disahkan positif. Kami dibawa ke Pusat Kuarantin Covid-19 (PKRC) Kuala Pilah untuk dikuarantin.

“Bagaimanapun, kesihatan menantu saya semakin merosot dan dihantar ke HTAN bagi rawatan lanjut sebelum ‘ditidurkan’ namun meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua cucunya itu akan dijaga sehingga akhir hayatnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Sedekahkan al-Fatihah jika rindu, pesanan terakhir bapa sebelum ditidurkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*