Tak Sangka Ini Rupanya Pengalaman Perjalanan Ustaz Ebit Lew Dari Mesir ke Gaza

Ustaz Ebit Lew menceritakan pengalamannya di Gaza kepada Nabil Ahmad semasa live di Instagram.

Tak Sangka Ini Rupanya Pengalaman Perjalanan Ustaz Ebit Lew Dari Mesir ke Gaza.

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi telah dijemput sebagai salah seorang panel bagi program hiburan, MeleTOP baru-baru bagi berkongsi perkembangan misi yang dilakukan pasukannya.

Bersama Nabil sebagai hos, Ebit ditanya mengenai bagaimana caranya di dalam mengendalikan kira-kira 43,000 permohonan tab daripada pelajar khususnya bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Saya firkir apa yang boleh dibuat dengan sedikit rezeki yang Allah beri, saya pun beli 100 unit tab untuk kali pertama. Saya offer siapa yang nak tab ni, tak sampai setengah jam telefon sudah ‘hang’.

“Separuh hari sudah 42,000 permintaan,” katanya yang mengakui pada fasa sekarang, setiap ibu bapa yang mempunyai anak memerlukan kemudahan tersebut.

Lalu, Nabil yang terharu atas sumbangan Ebit turut memberikan reaksinya.

“Saya sebenarnya terkesan dengan apa Ustaz tengah buah ni.  Ikram muslimin ni memang dahsyat, hebat,” katanya.

Bagaimanapun, paling menarik perhatian apabila Nabil tiba-tiba kelihatan sebak ketika Ebit berkongsi mengenai keperibadian serta perjuangan para Nabi.

“Ustaz, saya terharu. Kalau boleh saya hari-hari berdoa nak ikut jejak nak sama-sama dengan Ustaz,” katanya.

Di akhir temubual, Nabil turut mendoakan agar segala urusan Ebit Lew dipermudahkan sepanjang menjalani misi bantuan selain turut mengharapkan agar dia dapat mengisi masa bersama pendakwah berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen di YouTube para pengguna masing-masing turut tersentuh dengan perkongsian yang dibuat Ebit.

VIDEO :

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mediahiburan

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Tak Sangka Ini Rupanya Pengalaman Perjalanan Ustaz Ebit Lew Dari Mesir ke Gaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*