‘Jangan pisahkan kami’

Melaka: “Jangan pisahkan saya dengan anak- anak, payah mana pun saya tetap akan menjaga mereka dengan sepenuh kasih sayang seperti mana arwah suami sayangkan kami.

“Tidak mungkin saya akan pisahkan mereka adik beradik biarlah kami bersama- sama dan anak-anak ada didepan mata,” kata Siti Azimah Tajudin, 31, ibu kepada tujuh anak yang kini hilang tempat bergantung selepas kematian suami dipercayai akibat serangan jantung.

Arwah suaminya Shahrol Amri Sanusi, 31, meninggal dunia pada hari sama dia melahirkan anak bongsunya, 11 hari lalu.

Menurut Siti Azimah, biarpun diduga sebegini dan sukar untuknya menerima hakikat namun sebagai ibu dia perlu tabah demi anak- anak.

“Sedih memang sedih namun anak-anaklah kekuatan untuk saya terus bangkit dan membesarkan mereka selagi termampu.

“Malah keputusan untuk berpindah juga bukan mudah tetapi apabila tinggal bersama abang di sini sekurang- kurangnya mudah untuk saya berpantang dan uruskan anak- anak,” katanya yang sebelum ini tinggal di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hari hingga 12 tahun itu berkata, dia bersyukur kerana abang sulungnya sanggup mengajaknya tinggal bersama di Taman Bukit Rambai, di sini, selain menjaga dia serta anak- anak.

“Biarpun berat namun saya yakin ada hikmah disebalik apa yang berlaku namun begitu hati ini sebak serta tersentuh apabila anak, Siti Nur Airis dan adiknya Muhammad Hamzah Ramadan sering bertanyakan di mana abah kerana kedua-dua mereka amat rapat dengan suami.

“Seperti malam Selasa lalu, Siti Nur Airis tiba-tiba meminta saya bukakan pintu. Dia kata abahnya balik selain mereka juga kerap menangis mungkin rindu. Barangan arwah seperti kain pelikat dan pakaian menjadi pengubat rindu kami,” katanya.

Terdahulu Siti Azimah menerima kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Latipah Omar dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Md Rawi Mahmud.

Sementara itu Latipah berkata, selain membantu bayaran sewa rumah, MAIM juga akan menyalurkan bantuan makanan bulanan serta bantuan persekolahan.

“Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah meluluskan Bantuan Bulanan Kanak- Kanak (BKK) kepada setiap anaknya dalam meringankan beban keluarga itu.

“Kita juga turut mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) atau badan korporat untuk tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga ini,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "‘Jangan pisahkan kami’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*