‘Hari ini adik saya kembali kepada Penciptanya’

Pasir Gudang: “Adik saya memang gemar membantu orang lain tetapi hari ini dia kembali kepada Penciptanya ketika cuba membantu mangsa dihanyut arus deras,” kata penghantar barang, Mohd Izhar Mohd Hisham Tan, 33.

Mohd Izhar berkata, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, Mohd Asraf, 32, pada pagi tadi ketika sesi taklimat berkaitan penghantaran barang.

Menurutnya, adiknya yang turut bekerja sebagai penghantar barang sudah berumah tangga dan memiliki empat cahaya mata berusia antara enam bulan hingga lima tahun manakala isteri tidak bekerja.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika arwah selesai melakukan penghantaran barang di pusat bandar raya.

“Kami kerja bersama dan arwah juga baru saja berpindah dari Taman Cendana ke Cahaya Masai.

“Ketika dia pulang dia terlihat kejadian itu lalu cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan terjun ke dalam longkang, malangnya dia dihanyut sekali.

“Arwah adik seorang yang gemar membantu individu dalam kesusahan, tidak sangka dia pergi selama-lamanya,” katanya.

Kejadian berlaku pada jam 4 petang di lokasi berhampiran Masjid Taman Cendana.

Dua mangsa ditemukan lemas dihanyutkan arus deras.

Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang remaja lelaki bersama rakannya bermain di lokasi berkenaan sebelum terjatuh di longkang dan dibawa air deras.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : HMetro

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "‘Hari ini adik saya kembali kepada Penciptanya’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*