“Memperkenalkan.. Yunos Laith” – Lisa Surihani Umum Nama Anak Ketiga

Pelakon Datin Lisa Surihani mengumumkan nama anak ketiganya kepada semua selepas tujuh hari melahirkan.
 
Menerusi laman sosial Instagram, Lisa memilih nama Yunos Laith buat bayi lelakinya yang diambil bersempena nama salah seorang nabi.
 
Istimewanya lagi, Lisa berkongsi foto Yunos Laith berada di pangkuan kakak dan abangnya, Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne, 4.
 
Walaupun begitu, Lisa masih belum berkongsi keseluruhan wajah anaknya buat tatapan umum.
“Kami ingin memperkenalkan adik kami, dia berusia 7 hari pada hari ini. Nama dia Yunos Laith Bin Yusry.
 
“Yunos adalah nama salah seorang nabi dan Laith bermaksud berani seperti seekor singa. Rawr!
 
“Kami sayang dia sangat. Dia dilahirkan pada 15 Jun, iaitu sama hari dengan tarikh lahir daddy. Alhamdulillah terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang baik,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah buat pasangan Lisa dan Datuk Yusry di atas kelahiran anak ketiga mereka.
 
Lebatnya rambut,” tulis pelakon Sari Yanti.
 
Congratulations kak Lisa,” ujar penyanyi Sophia Liana.
 
Masyallah sedap sangat nama cutie pie!” puji seorang wargamaya.
 
Congratulations dearest Lisa. Selamat berpantang. Love you!” komen seorang wargamaya.
 
Alhamdulillah tahniah Lisa dan Yusry. Welcome Yunos Laith,” kata seorang wargamaya lagi.
 
Sekadar info, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira serta Yusof.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber :gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "“Memperkenalkan.. Yunos Laith” – Lisa Surihani Umum Nama Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*