Beri sumbangan mesin ABG berharga RM105,000 untuk kegunaan hospital dan pes4kit Cov1d-19… terima kasih Neelofa beri idea, inspirasi!

KISAH selebriti dermawan popular, Neelofa menyumbang katil hospital yang dilaporkan bernilai RM100,000 bagi kegunaan pes4kit c0vid-19 menyentuh hati pelbagai pihak.

Meskipun perkara itu tidak didedahkan Neelofa secara terbuka namun kebaikan dan keprihatinan selebriti itu menjadi buah mulut ramai yang kagum dengan tindakannya kerana ia antara bantuan yang amat diperlukan ketika ini.

Perkara itu juga mendorong Asri Ahmad Academy Sdn Bhd dengan kerjasama Murtadha Dakwah Centre (MADA) untuk melakukan perkara sama dalam usaha membantu golongan memerlukan terutamanya bagi meringankan beban pes4kit dan pihak hospital.

Pengarah Urusan MADAD, Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusoff berkata, kisah Neelofa itu telah memberi ilham kepada pihaknya untuk membekalkan kemudahan peralatan perubatan kepada hospital kerana ia amat diperlukan ketika ini.

Yaakub menyampaikan sumbangan mesin ABG kepada Timbalan Pengarah Perubatan (4) Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Siti Norhani, sambil disaksikan oleh

Pengerusi Malaysia Relief Agency Kedah, Dr Mohd Saifullah Alhany.

“Lazimnya ramai memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan kelengkapan PPE namun apa lagi yang boleh disumbangkan dalam waktu sukar ini?

“Apabila terbaca kisah mengenai Neelofa pihak kami terfikir bahawa sebenarnya ada perkara lain juga yang boleh disumbangkan selain wang tunai, barangan keperluan atau kelengkapan PPE,” katanya.

Atas dasar itu, Yaakub memberitahu pihaknya membuat sumbangan mesin perubatan dipanggil Arterial Blood Gases (ABG) untuk kegunaan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Hospital Jitra dan Hospital Baling, Kedah baru-baru ini.

Yaakub berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada Malaysia Relief Agency (MRA) tentang keperluan segera mesin tersebut di beberapa buah hospital di negeri itu.

“ABG ini adalah satu prosedur invasif di mana darah diambil daripada arteri untuk diuji tahap keseimbangan asid dalam menentukan konsentrasi karbon dioksida dan oksigen dalam d4rah pes4kit. Ia juga dapat menentukan tahap pH d4rah.

Yaakob berharap lebih ramai pihak tampil membantu.

“Apabila mendapat maklumat bahawa beberapa mesin ini diperlukan segera jadi kami cuba bantu untuk menyediakannya apatah lagi ketika ini pes4kit Cov1d-19 semakin ramai dan w4d ICU juga penuh dengan pes4kit,” katanya.

Yaakob menjelaskan pihaknya membeli tiga buah mesin ABG yang berjumlah RM105,000 selepas merujuk kepada pihak MRA tentang spesifikasi dan pembekal berdaftar.

“Setakat ini kami dimaklumkan ketiga-tiga hospital tersebut memerlukan segera mesin tersebut dan berharap dapat membantu lebih banyak hospital dengan alatan ini pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Yaakob berharap lebih banyak syarikat korporat atau persendirian yang tampil dalam usaha membantu menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan pihak hospital dalam menangani wabak ini.

“Kita ibarat sedang berperang dan wajarlah kita sama-sama mempertahankan kesejahteraan negara kita. Lagi cepat pandemik ini dapat ditangani, maka lagi cepat kita boleh menjalani kehidupan kita seperti biasa,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Beri sumbangan mesin ABG berharga RM105,000 untuk kegunaan hospital dan pes4kit Cov1d-19… terima kasih Neelofa beri idea, inspirasi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*