Alami Pend4rahan, Isteri Nabil Ahmad Kegvguran Anak Keempat – “Allah Is The Best Planner”

Isteri kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, Zira Ayub berkongsi khabar dvka apabila mengalami kegvguran pada kandungan yang berusia tiga bulan setelah berdepan masalah pend4rahan.
 
Menerusi laman sosial Instagram, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 33, memuat naik sebuah video menunjukkan kenangan memegang alat ujian keh4milan serta keadaannya sewaktu berada di hospital.
 
Tambah Zira, perkongsian itu juga dibuat bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada Sabtu.
 
“Antara birthday yang menjadi memori. Ingat tambah lagi family member tapi takde rezeki pulak. Insyallah ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi @nabil.zira.
“Allah is the planner. Love you so much daddy mika babyna mishall and friends too for sending me macam-macam. Guys, thanks,” tulis Zira di ruangan kapsyen.
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zira Ayub (@zira.ayub)

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, Zira turut berkongsi momen mereka sekeluarga menyambut hari jadinya di rumah serta kad ucapan yang dibuat khas oleh anak-anaknya.
 
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan kata-kata positif dan semangat buat Zira.
Malah, ia turut dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buat Zira.
 
Happy birthday Zira. Insyallah nanti ada rezeki lagi tu,” komen seorang wargamaya.
 
Insyallah ada rezeki yang lebih baik menanti. Selamat hari lahir Zira,” ucap seorang wargamaya.
 
Selagi boleh mengandung, mengandunglah. Saya ni kalau boleh nak mengandung lagi tapi tak boleh dah,” luah seorang wargamaya.
 
Happy bornday kak Zira. Insyallah semoga akak dan keluarga dimurahkan rezeki lagi lepas ni. Be strong mummy,” tulis seorang wargamaya lagi.
 
Sekadar info, Zira mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 30 September 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, 9, Leyla Medina, 6, serta Mishall Imani, 2 tahun.
 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : gempak

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Alami Pend4rahan, Isteri Nabil Ahmad Kegvguran Anak Keempat – “Allah Is The Best Planner”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*