Kena kuarantin di MAEPS dengan ayah, keletah kanak2 ini buat ramai tersenyum

Umum sedia tahu, p4ndemik C0vid-19 bukanlah satu gurauan atau perkara yang perlu difikir sambil lewa kerana ramai yang telah terk0rban angkara v1rus ini.

Setiap hari ada sahaja khabar duka dengan lonjakan k3s positif yang mencecah ribuan k3s di seluruh negara.

Namun, tak salah rasanya untuk kita meredakan kebimbangan tersebut dengan melihat video comel keletah seorang kanak-kanak lelaki yang dikuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang bersama bapanya.

Menerusi perkongsian yang tular, ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai @yushadz telah memuat naik aktiviti anaknya yang gemar berjalan-jalan keliling pusat kuarantin tersebut dan bertegur sapa dengan mereka yang sama-sama dikuarantin di sana.

@yushadz

Alhamdulillah for imanโ€™s day 4 at Maeps! ๐Ÿ™Œ๐Ÿป x nangis dah ayah kata. ๐Ÿ‘๐Ÿป

โ™ฌ original sound – George Dyland Namping

Ibunya telah berkongsi journey anaknya yang dikenali sebagai Iman sepanjang beberapa hari berada di MAEPS, Serdang dan mendapatย  jutaan tontonan dalam masa sehari sahaja.

Telatahnya yang bermain di atas katil di pusat kuarantin sangat menghiburkan disamping turut diberikan makanan serta buku lukisan daripada penghuni disana dan frontliners yang bertugas benar-benar mencuri perhatian.

@yushadz

Doa ibu selalu bersama iman dan ayah.. baik2 je ye di Maeps tu. ๐Ÿ˜š๐Ÿ’•

โ™ฌ original sound – AlienV_Lirik – AlienV Lirik

@yushadz

Vlogging imanโ€™s day 3 at Maeps. ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿฆ  Alhamdulillah! โค๏ธ

โ™ฌ Maze – ์šฉ์ฃผ (YONGZOO)

Sebenarnya, Iman dan ayahnya telah dibawa ke pusat kuarantin kerana positif Cov1d-19 dan dijemput oleh ambulans untuk ke MAEPS, Serdang.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut mengakui berasa sangat s3bak ketika itu dan tidak sanggup melihat anaknya yang masih kecil terpaksa berpisah berikutan disahkan positif v1rus berkenaan.

Mujur bapanya juga ada bersama, jadi tidaklah terlalu bimbang akan keadaan Iman.

@yushadz

Sape kata ibu x sedih, ibu nangis teruk lepas korang pergi haha malu nanti jiran nampak. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜‚

โ™ฌ You Are My Everything – Gummy

Namun, pada posting terbaru @yushadz, dia memaklumkan bahawa suami dan anak lelakinya sudah dibenarkan keluar dari pusat kuarantin tersebut pada malam semalam.

Dapat dilihat Iman sempat melambai-lambai ke arah drone yang memantau pesakit disana.

@yushadz

Malam akhir iman di Maeps insyaAllah.. tolong doakan onyang iman sekali ye semua.. ๐Ÿ˜”๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ™ฌ ๋‚˜์˜ ์–ด๊นจ์— ๊ธฐ๋Œ€์–ด์š” – 10cm

Di akhir perkongsian video-video berkenaan, pengguna TikTok itu sempat memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ahli keluarga mereka yang turut sama disahkan positif Covid-19.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang menonton video-video perkongsian yang dibuat ibu kepada kanak-kanak berkenaan turut meninggalkan komen di ruangan TikTok dengan mendoakan agar Iman dan ayahnya cepat sihat.

Mereka juga mengakui berasa sebak melihat kanak-kanak kecil terpaksa dikuarantin kerana Covid-19 dan berharap agar pengguna TikTok sekeluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

Sumber: TikTok @yushadz

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!ย 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : ohmymedia

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Kena kuarantin di MAEPS dengan ayah, keletah kanak2 ini buat ramai tersenyum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*