Hilang pendapatan, anak pula d3rita buah p1nggang

KOTA BHARU – Kesukaran hidup dilalui sepasang suami isteri peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini yang hilang punca pendapatan akibat Cov1d-19 sejak setahun lalu bertambah perit dengan keadaan anak ketiga pula yang disahkan mengh1dap peny4kit buah pingg4ng kr0nik.

Remaja terbabit, Muhammad Azri Danial Hasbullah, 17, anak pasangan Hasbullah Mohd, 52, dan Rozita Ramli, 43, tinggal di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh.

Rozita berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Pondok Langkat di Setiu, Terengganu itu disahkan mengh1dap peny4kit berkenaan pada Mei lalu dan kini terlantar dir4wat di Hospital Lati Pasir Mas.

Katanya, Muhammad Azri Danial sebelum ini kerap mengalami kek3jangan ketika tidur pada waktu malam dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi tujuan r4watan sebelum dipindahkan ke Pasir Mas.

“Dia dir4wat kerana s4kit buah pingg4ng tah4p lima dan ‘CT scan’ yang baru dilakukan mendapati ada mas4lah pend4rahan kecil pada kepala serta perut.

“Saya buntu kerana ketika ini tidak ada punca pendapatan daripada menjual baju dan jam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh akibat anc4man Cov1d-19 dan sudah empat bulan berturut-turut tidak berniaga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Rozita Ramli (kanan) yang mengucup dahi Muhammad Azri Danial sambil membisikkan kata-kata semangat kepada anaknya itu.

 

Rozita Ramli (kanan) yang mengucup dahi Muhammad Azri Danial sambil membisikkan kata-kata semangat kepada anaknya itu.

 

Kata ibu empat anak itu, anak sulungnya men1nggal dunia pada tahun 2019 kerana mas4lah jantung manakala dua lagi anak yang berusia 19 tahun lelaki dan 15 tahun perempuan bergilir-gilir membantu menjaga Muhammad Azri Danial yang s4kit di hospital.

“Muhammad Azri Danial kini berada dalam keadaan l3mah dan kadang-kala mer4cau-r4cau kerana s4kit. Saya pula tidak dapat menemaninya kerana berp3nyakit jantung.

“Kami sekeluarga kini menumpang di rumah tumpangan milik kawan saya yang berdekatan dengan Hospital Lati kerana tidak mempunyai wang untuk menampung kos berulang-alik dari Kota Bharu apatah lagi menyewa rumah lain bahkan bayaran sewa rumah di Pasir Tumboh juga tertangguh dua bulan,” katanya sebak.

Menurutnya, kehidupan mereka sekeluarga kini hanya bergantung ihsan daripada saudara-mara dan pernah membuat hantaran status di Facebook tentang keadaan kesihatan anaknya itu.

“Saya dan suami terlalu buntu kerana terlalu sukar untuk menjalani kehidupan ketika ini hinggakan sebungkus nasi pun payah nak dibeli.

“Apatah lagi belanja untuk kesihatan anak kami yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM2,000 sebulan termasuk r4watan hem0dialisis yang bermula minggu depan, lampin pakai buang dan kos berulang-alik ke hospital,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : sinar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Hilang pendapatan, anak pula d3rita buah p1nggang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*