Akui Isteri Pertama Dah Cukup Baik, Lelaki Ini Ded4h Punca Kahwin Dua

Sebut sahaja polig4mi, pasti ramai wanita pantang dan tidak keruan setiap kali mendengarnya. Malah, ada yang melihat madu dianggap per4mpas dan menggangu kebahagiaan orang lain.

Tidak dinafikan tidak semua wanita sanggup hidup bermadu, namun seorang lelaki berkongsikan isterinya sanggup bermadu demi kebahagian suaminya.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Mohd Safuan berkongsikan posting panjang tanda menghargai isteri pertamanya, Puan Aisyah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Menurut Safuan, isterinya sudi menerimanya ketika dia tidak mempunyai apa-apa dan mereka berkahwin ketika dia masih belajar. Katanya, isterinya sanggup berhenti kerja di Kuala Lumpur untuk mengikutnya berpindah ke Perak yang ketika itu hidup dengan duit elaun belajar sahaja.

Safuan mengakui Aisyah seorang isteri yang baik dan dia juga kawan baiknya. Malah, segala perangai baik buruknya isterinya tahu.

Namun, Safuan berkata suatu hari dia menyuarakan hasrat untuk bernikah lagi. Katanya lagi, isteri mana boleh menerima namun isterinya, Aisyah menerima dan sanggup mengenepikan peraaannya demi suami.

Kata Safuan lagi, isterinya mengikutiknya berjumpa dengan calon-calon isteri kedua. Malah, isterinya juga yang berjumpa dengan bakal mertua isteri keduanya serta menemani mengambil borang di Pejabat Agama untuk kebenaran poligami.

Tidak hanya setakat itu, isterinya juga turut membantu mencari baju pengantin sehinggalah ke pelamin.

Safuan berkata meskipun isterinya tersenyum di hadapannya namun hatinya sudah pasti r3muk. Ujarnya, bukan mudah untuk wanita itu menerima sehinggakan isterinya sertai kelas untuk mer4wat hati.

Dalam pada itu, Safuan berkata terlalu banyak pengorbanan isteri untuk dirinya dan keluarga serta berharap agar hubungan rumah tangga mereka kekal hingga ke syurga.

Perkongsian Safuan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin dua sedangkan mempunyai isteri yang cukup baik.

Safuan menjawab keperluan setiap manusia berbeza kerana ada yang cukup dengan seorang isteri dan ada yang perlu dua isteri. Ujarnya lagi, disebabkan fitrah manusia sebegitu lelaki dibenarkan berpoligami.

SUMBER: Kisah Dunia

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber  :  https://gulapop.com/

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Akui Isteri Pertama Dah Cukup Baik, Lelaki Ini Ded4h Punca Kahwin Dua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*